Senin, 23 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Video BMW Langgar Lari Penunggang Motosikal

Video BMW Langgar Lari Penunggang Motosikal


Inilah akibatnya jika masuk simpang tidak melihat kiri kanan terlebih dahulu.

Video di bawah ini menunjukkan situasi di mana sebuah kereta mewah BMW putih yang ingin memasuki simpang kiri tetapi tidak menyedari sebuah motosikal dari arah kanannya yang sedang memandu laju.
Lalu bertembunglah kedua-dua kenderaan itu di tengah jalan raya.

Akibat rempuhan, penunggang motosikal itu terjatuh terduduk di atas jalan.

Kejadian itu dipercayai berlaku petang semalam di jalan utama berhampiran Pusat Membeli Belah KL Festival City.

Namun apa yang lebih dikesalkan ialah pemandu kereta mewah itu terus sahaja berjalan selepas insiden itu seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Buat pemandu di luar sana, sentiasalah berhati-hati demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain.


Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar