Jumat, 20 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Kes Hamzah Kediaman Umpama Rumah Sampah

Kes Hamzah Kediaman Umpama Rumah Sampah


Jika anda mengikuti kes kanak-kanak, Hamzah Khan, 4, yang dibiarkan mati kebuluran oleh ibunya di Bradfort sebelum ini, anda pasti terkejut melihat keadaan kediaman keluarganya.

Bukan setakat sampah-sarap, pihak polis turut menemui najis kucing, lampin terpakai, muntah dan juga makanan berkulat di dalam rumah yang didiami oleh ibunya, Amanda Hutton, 43, dan lapan anaknya.


Mengimbas kes itu, rangka Hamzah hanya ditemui selepas dua tahun kematiannya di dalam katil bayi dengan memakai pakaian bayi berusia enam hingga sembilan bulan.

Mayat bayi yang mati akibat kebuluran itu hanya dibiarkan ibunya mereput di atas katil tanpa membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa.

Hutton yang mempunyai masalah ketagihan kanabis dan alkohol hanya memberikan Hamzah sebiji pisang dan sedikit susu sebelum kematiannya.

Masalahnya itu ternyata menyebabkan kehidupan mereka kucar-kacir hingga dia tidak mampu menguruskan kediaman dengan sempurna.

Lebih menyedihkan, anak-anaknya terpaksa merangkak dan melalui timbunan sampah yang tidak dibuang serta berhadapan dengan masalah kesihatan akibat kekotoran yang melampau.

Apa pun, lihatlah sendiri keadaan kediaman Hutton dan anda pasti boleh mengagak betapa teruknya kesan ketagihan alkohol kepada kehidupannya.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar