Rabu, 25 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Jason Segel Kuruskan Badan Untuk ‘Sex Tape’

Jason Segel Kuruskan Badan Untuk ‘Sex Tape’


Aktor yang popular menerusi sitkom How I Met Your Mother, Jason Segel kini dilihat tampil lebih kurus daripada kebiasaannya.

Menurutnya, ada sebab kenapa dia perlu berpenampilan sebegitu kerana dia kini sedang menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Sex Tape bergandingan heroin popular, Cameron Diaz.

“Saya tidak akan kurus tanpa sebarang sebab,” katanya yang dipetik menerusi Us Weekly.

Dalam usaha mendapatkan tubuh yang diidamkannya itu, Jason hanya melakukan senaman, makan secara teratur dan tidak lagi mengambil makan lewat malam.

Sex Tape, seperti mana judulnya itu, filem itu mengisahkan pasangan tersebut cuba menjejaki kembali video seks mereka yang telah hilang.

Hmm, seems familiar?

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar