Sabtu, 28 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » NGO tuntut janji kerajaan Pakatan Selangor !!!

NGO tuntut janji kerajaan Pakatan Selangor !!!

 Lebih 200 ahli NGO berkumpul membantah pembohongan PR dan membuat laporan terhadap Tian Chua di IPD Serdang, semalam.
PUCHONG – Lebih 200 ahli mewakili 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Puchong, berkumpul membantah kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, semalam.

Bantahan itu turut mengutuk pembohongan PR dalam manifesto baru memandangkan janji lima tahun lalu tidak ditunaikan.

Malah, laporan turut dibuat terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa sengaja merendahkan keikhlasan pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

Ketua Penerangan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Ramli Simbok berkata, banyak janji manifesto tidak ditunaikan walaupun genap lima tahun PR memerintah.

"Rakyat tidak seharusnya tditipu dengan pembohongan dalam manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

“Kita minta rakyat memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang berjaya kekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin berkata, laporan dibuat disebabkan wakil rakyat itu mempermainkan kewibawaan pasukan polis.

“Kami berpendirian teguh berdiri di belakang polis dan tentera mempertahankan negara daripada diceroboh," katanya.

Dalam pada itu, kutipan derma kilat untuk perwira negara yang terkorban diadakan dan turut menyampaikan sumbangan, Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Selangor, Samad Kassim kepada Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias.

Hadir sama, Adun Seri Serdang, Datuk Dr Mohamad Satim Diman dan Presiden Gabungan Persatuan Cina Puchong, Dr Kow Cheong Wei.

Sementara itu, Abd Razak menyatakan bangga atas sokongan padu masyarakat dan NGO terhadap polis.

"Apa yang berlaku bukan sandiwara, justeru sokongan dan doa rakyat diperlukan untuk teruskan perjuangan," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar