Kamis, 19 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Harakahdaily Shahnon terima kerjasama politik Pas DAP PKR

Harakahdaily Shahnon terima kerjasama politik Pas DAP PKR

Wartawan Sinar Harian
17 Oktober 2012
SHAH ALAM - Susulan siri kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dalam beberapa media sejak minggu lalu, antara lain dilaporkan mengecam kerjasama politik Pas-DAP, portal milik Pas pula mengetengahkan pendirian Sasterawan Negara itu semalam, memetik berkata beliau akan "istiqamah bersama dengan" parti itu.

Shahnon, bekas Ahli Parliman Sik dan ahli seumur hidup Pas berkata, beliau yakn menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, dapat melangkah ke Putrajaya.

"Saya istiqamah bersama dengan Pas menerusi kepimpinan ulama,” kata beliau dipetik portal rasmi Pas, Harakahdaily.

Portal itu berkata, Shahnon berkata demikian ketika ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi semalam.

"Saya istiqamah bersama dengan Pas menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, insya-ALLAH menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; Pas, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat."

Portal itu menyebut, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikelnya yang menjelaskan kenapa bersama Pas dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Sik.

Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jemaah Pas" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan Pas iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.

Kata portal itu, Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan Pas.

Katanya, selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Pulau Pinang, Fauzi Yusof merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama Pulau Pinang.

Minggu lalu, Bernama memetik Shahnon berkata, perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.
 seterusnya di sini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar