Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Kuliyyah Bersama Ustaz Don Di Menara KL

Kuliyyah Bersama Ustaz Don Di Menara KL


UNTUK para peminat Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang popular di stesen televisyen TV Al Hijrah dalam program 30 Minit Ustaz Don, anda berpeluang menghadiri kuliahnya sempena Awal Muharram kali ini di puncak Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Menara KL dalam satu kenyataan hari ini berkata kuliah itu dikenali sebagai Kuliyyah Fissama Bersama Ustaz Don akan diadakan pada 6 November pada pukul 2 petang.

“Ia akan diadakan di Dewan Banquet Mega View pada ketinggian 288 meter dan akan membincangkan tajuk Antara Islam Yang Diimani dann Diwarisi selama dua jam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kepada mereka yang berminat menghadiri kuliah itu, tiket berharga RM30 setiap seorang dikenakan dan hasil jualan tiket akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Lembah Kelang.

“Tempat duduk adalah terhad kepada hanya 300 orang sahaja,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar