Jumat, 07 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Mapim Gerakan MCA cetus isu kerana PRU13

Mapim Gerakan MCA cetus isu kerana PRU13

sinarharian
ROSLINDA HASHIM
29 Oktober 2012
ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.

Setiausaha Agungnya,  Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah ‘buatan’ Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.

“Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah,” katanya.

Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam.

“Secara jelas mereka mencari alasan untuk tanamkan kebencian orang bukan Islam kepada hukum Islam dan menghilangkan rasa hormat terhadap kedudukan Islam di negara ini,” katanya.

Mohd Azmi berkata, apabila mereka melancarkan serangan dengan merendah-rendahkan hukum hudud, seperti yang disuarakan Presiden MCA dan Gerakan Kedah, Mapim menyifatkannya sebagai serangan mahu memprovokasi sentimen agama antara orang Islam dan bukan Islam.

“Adakah menyentuh sensitiviti umat Islam tidak diambil peduli? Mereka memberi gambaran buruk kepada hudud dengan tohmahan ia adalah hukum sebuah parti politik, dengan harapan membawa kesan negatif kepada golongan bukan Islam,” katanya.

Menurutnya, hukum hudud akan terus menjadi bahan serangan dan isu ini tidak akan berhenti selagi PRU13 belum dilaksana.

“Mapim sentiasa menyokong pelaksanaan hukum ALLAH ini kerana ia kewajipan dan kami yakin hanya hukum ALLAH SWT mampu mengekang jenayah. Sebab itu kita tidak berkompromi terhadap serangan yang dilakukan,” katanya.

Mohd Azmi berkata, hukum Islam yang diperkatakan secara tidak beradab adalah disebabkan selama ini orang bukan Islam dimomokkan bahawa hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia ekoran masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar