Rabu, 12 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » » » » » » » » Jingga 13 Sabah mendesak Musa Aman letak jawatan berikutan dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland

Jingga 13 Sabah mendesak Musa Aman letak jawatan berikutan dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland

Wednesday, November 14, 2012

TERKINI! Musa Aman Kini Diburu!


Perang terhadap Ketua Menteri Sabah berterusan!

Hari ini, Jingga 13 Sabah mendesak Musa Aman menjelaskan isu dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira USD90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang turut didakwa sebagai penamanya.

Laporan sebuah NGO berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) terhadap kes tersebut bakal dibicarakan di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland benar-benar memalukan rakyat Sabah terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Ketua Menteri Sabah.
Malah sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini, sejumlah 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman membuktikan bahawa kes tersebut sangat serius dan beliau wajar memberikan penjelasan.
Musa terus mendiamkan diri sama ada melibatkan skandal wang haram RM40 juta dan kini kes penyucian wang haram di Switzerland yang ternyata turut melibatkan sejumlah ratusan juta Ringgit Malaysia dan Micheal Chia.
Jingga 13 mendesak agar Musa Aman dengan segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya beliau mempunyai maruah dan harga diri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar