Jumat, 28 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Kisdar Tahniah jika dekan telah dibenar berpolitik

Kisdar Tahniah jika dekan telah dibenar berpolitik

Harakahdaily, 09 Jan 2013
IPOH: PAS Perak merakam tahniah kepada Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) kerana dilihat membenarkan kakitangannya giat terlibat dalam politik kepartian.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Salman Salleh berkata, seorang dekan kampus itu, dilihat aktif berceramah di pentas Umno dan terbaru anjuran Umno Cawangan Sungai Air Tawar pada 19 Disember 2012 yang lalu di Dewan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Menurut Salman, ianya menunjukkan sikap positif daripada pengurusan Kisdar kerana memberikan laluan dan keizinan kepada kakitangannya untuk bergiat aktif di dalam politik kepartian.

Malah katanya, Kisdar menyahut seruan perlembagaan negara yang mengamalkam demokrasi berparlimen dan akan turut mengizinkan pensyarah pensyarah tetap dan kontrak untuk aktif dalam mana mana pertubuhan politik yang sihat.

"Kami berharap dengan penglibatan secara terus kepada politik kepartian ini tidak akan membantutkan usaha menaik taraf Kisdar kepada Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (Kuisas).

"Malah kami melihat keberanian beberapa pimpinan Umno Bahagian yang telah menyertai Kisdar dalam tempoh beberapa tahun ini dan masih lagi aktif dalam politik sebagai contoh terbaik," katanya sinis.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa pengurusan Kisdar mampu menyahut inspirasi Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar kampus setaraf dengan universiti lain di dalam negara ini setelah di naik tarafkan menjadi Kuisas kelak.

"Malah kami amat bersetuju ruang ini turut diberikan kepada semua kakitangan Kisdar tanpa mengira fahaman parti politik mana yang dipilih bagi menunjukkan kematangan dan keterbukaan Kisdar sekarang ini," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar