Selasa, 25 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » 3 maut tangki oksigen meletup

3 maut tangki oksigen meletup

Tangki oksigen didakwa kosong tiba-tiba meletup sebelum mengorbankan tiga nyawa.

BANGKOK - THAILAND - Sekurang-kurangnya tiga maut dan lima yang lain cedera apabila tangki oksigen meletup di sebuah bangunan di wilayah Chachoengsao, Thailand, semalam.

Polis tempatan Prompong Theptubtim berkata, mangsa maut termasuk pemilik kedai manakala lima yang lain masih kritikal.

“Letupan berlaku sejurus seorang pelanggan memulangkan tangki oksigen selepas mendakwa tangki itu kosong,” katanya dipetik AFP.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar