Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014
Isu hudud Ribut bakal landa BN
sinar harian
Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat
ReadFull Article ..
4 Julai 2012
Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat
SHAH ALAM – Tindakan berani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno, menyuarakan cadangan supaya Johor melaksanakan hukum hudud sepenuhnya bakal memberi implikasi dalam Barisan Nasional (BN).
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat, implikasi itu akan berlaku setelah pimpinan tertinggi pusat menerima cadangan itu.
“Implikasi pasti ada, tetapi tidak sehebat dalam Pakatan Rakyat (PR). Seperti mana DAP menentang keras usaha Pas melaksanakan hukum hudud sebelum ini.
“Keadaan ini berbeza kerana, Umno adalah parti teras dalam BN, selalunya apa yang dibawakan Umno itu diterima oleh parti komponennya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, keadaan itu disebabkan oleh rakan dalam BN mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Umno.
“Umno parti yang kuat di dalam BN, berbanding Pas di dalam PR.
“Sejarah membuktikan perkara itu, sebagai contoh, ketika Islam Hadhari mahu dilaksanakan. Banyak kemusykilan yang timbul, bagaimanapun dengan kesungguhan Umno melakukan penerangan akhirnya mendapat respons yang baik,” katanya.

Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, melihat cadangan yang dibawa oleh Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat adalah satu perkembangan positif bagi Umno.
“Saya berpendapat perkara itu boleh dilaksanakan oleh Umno sejajar dengan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sememangnya sentimen keislaman sudah tertanam di dalam Umno.
“Pada peringkat awal sudah pasti ada banyak implikasi dan persoalan yang timbul daripada MCA, MIC dan parti-parti bukan Islam yang lain.
Namun saya percaya perkara itu mampu ditangani,” katanya. Walaupun maklum balas daripada pimpinan tertinggi Umno berhubung isu ini masih samar, tetapi Samsul Adabi percaya perkara itu akan mendapat respons dalam masa terdekat ini.
Menurutnya, kajian yang serius perlu dilakukan bagi melaksanakan perundangan Islam ini sepenuhnya.

“Apabila ada cadangan seumpama ini, sudah pasti kerajaan akan memikirkan langkah seterusnya seperti mencari pakar-pakar berhubung hal ini dan mendapat sentuhan mereka.
“Pendapat orang yang berpengetahuan dalam perkara ini akan lebih didengar oleh rakyat,” katanya.
Jumat, 07 Februari 2014
Mapim Gerakan MCA cetus isu kerana PRU13
sinarharian
ROSLINDA HASHIM
29 Oktober 2012
29 Oktober 2012
ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.
Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah ‘buatan’ Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.
“Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah,” katanya.
Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam.
“Secara jelas mereka mencari alasan untuk tanamkan kebencian orang bukan Islam kepada hukum Islam dan menghilangkan rasa hormat terhadap kedudukan Islam di negara ini,” katanya.
Mohd Azmi berkata, apabila mereka melancarkan serangan dengan merendah-rendahkan hukum hudud, seperti yang disuarakan Presiden MCA dan Gerakan Kedah, Mapim menyifatkannya sebagai serangan mahu memprovokasi sentimen agama antara orang Islam dan bukan Islam.
“Adakah menyentuh sensitiviti umat Islam tidak diambil peduli? Mereka memberi gambaran buruk kepada hudud dengan tohmahan ia adalah hukum sebuah parti politik, dengan harapan membawa kesan negatif kepada golongan bukan Islam,” katanya.
Menurutnya, hukum hudud akan terus menjadi bahan serangan dan isu ini tidak akan berhenti selagi PRU13 belum dilaksana.
“Mapim sentiasa menyokong pelaksanaan hukum ALLAH ini kerana ia kewajipan dan kami yakin hanya hukum ALLAH SWT mampu mengekang jenayah. Sebab itu kita tidak berkompromi terhadap serangan yang dilakukan,” katanya.
Mohd Azmi berkata, hukum Islam yang diperkatakan secara tidak beradab adalah disebabkan selama ini orang bukan Islam dimomokkan bahawa hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia ekoran masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Langganan:
Postingan (Atom)