Tampilkan postingan dengan label jam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jam. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Selepas 10 Jam Di SKMM Pasangan Biadap Dibawa Pula Ke Balai Polis

Selepas Sembilan Jam Di SKMM, Pasangan Biadap Ke Balai Polis Pula

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – Setelah lebih 10 jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pasangan seks murahan Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya keluar dari bilik siasatan jam 9.30 malam tadi.
Pasangan tersebut yang diiringi oleh dua orang pegawai polis mengelak dari ditemubual para wartawan yang hadir sejak pagi.
Kehadiran pasukan polis di penghujung sesi soal siasat oleh SKMM menimbulkan spekulasi yang mereka mungkin akan disiasat oleh pihak polis pula selepas ini.
Pasangan tersebut dikawal dan diiringi oleh hampir 5 buah kereta SKMM dan sebuah Proton Waja milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika meninggalkan bangunan SKMM di sini sebentar tadi.
Tindakan pihak PDRM itu mungkin lanjutan daripada kenyataan media yang dibuat oleh Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin, siang tadi yang berkata pihak polis  juga mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan jika perbuatan kedua mereka bersabit dengan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Bagimanapun belum ada sebarang pengesahan rasmi sama ada Alvin dan Vivian akan ditahan oleh polis atau tidak.
Dalam pada itu, Alvin ketika dihampiri pemberita menyatakan bahawa permohonan maaf yang dibuatnya menerusi laman sosial Youtube itu bukan untuk merendahkan sesiapa.
“Permohonan maaf yang kami buat adalah ikhlas,” ujar Alvin yang enggan mengulas lanjut soalan wartawan.
Manakala, Vivian yang hanya menundukkan kepala enggan memberi sebarang komen.
Memetik kenyataan SKMM sebelum ini, pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia.
Justeru, SKMM yang akan menyiapkan kertas siasatan dalam satu tempoh terdekat akan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara.
Pasangan berkenaan dipanggil SKMM pukul 10.45 pagi tadi untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!) yang dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini.
Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.
Dalam poster itu, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!).
Bak Kut Teh adalah makanan sup masyarakat Cina yang menjadikan babi sebagai ramuan utama.
Oleh Harith Ashraf dan Reza Razak
ReadFull Article ..

Selasa, 17 Desember 2013

Main Diablo 3 game online 40 jam tanpa henti lelaki Taiwan ini meninggal


tewas karena bermain game online
Chuang maut akibat 40 jam nonstop bermain Diablo 3, game online terpopular ketika ini

Kebiasaan ini tentu saja mengakibatkan  buruk pada kesihatan, dan tidak jarang berakhir dengan kematian, seperti yang baru-baru ini terjadi pada seorang pemuda asal Taiwan yang meninggal dunia akibat bermain game internet selama hampir dua hari nonstop.

Pemuda berusia 18 tahun yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chuang, meninggal dunia di sebuah kafe internet setelah bermain game komputer online popular Diablo 3 selama 40 jam penuh.

Chuang dilaporkan bermain game internet itu tanpa makanan selama hampir dua hari.
Dia memesan ruangan pribadi di kafe internet di Tainan, Taiwan selatan, sekitar tengah hari pada 13 Julai, dan mulai main game Diablo 3.

Dikutip dari  Dailymail seorang pembantu menemukan Chuang tertidur di meja pada pagi hari pada tanggal 15 Julai dan mencuba membangunkanya.

Menurut laporan AAP, Chuang bangun dan kemudian roboh setelah beberapa langkah.
Ia kemudian dinyatakan meninggal dunia tak lama setelah tiba di sebuah rumah sakit setempat.
Saat ini pihak polis  setempat sedang menyiasat penyebab kematian dan sedang melakukan autopsi.
Mereka berspekulasi bahwa berjam-jam dalam posisi yang sama menciptakan masalah kardiovaskular bagi Chuang, sehingga ia meninggal.

Diketahui, ini merupakan kematian kedua di Taiwan yang berhubungan dengan game online dalam tahun ini.
Sebelumnya pada Februari, seorang lelaki  di New Taipei ditemukan tewas setelah bermain selama 23 jam non stop. Dan penyebab kematiannya dilaporkan adalah serangan jantung.
 Dailymail,
manado today

ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Pasangan pelancung berenang 14 Jam untuk menyelamat diri setelah bot mereka tenggelam

Dan dan Kate Suski (Foto: AP) Dan dan Kate Suski (Foto: AP)
SAN JUAN – Pasangan pelancung dari Amerika Syarikat  melakukan aksi penyelamatan diri yang luar biasa. Mereka berenang selama 14 jam setelah perahu yang mereka sewa tenggelam.
 
Dan dan Kate Suski saat itu sedang bercuti di St Lucia yang terletak di wilayah Caribian. Mereka menyewa perahu untuk pergi memancing di tengah laut.
 
Percutian mereka berubah menjadi bencana ketika perahu yang mereka mengalami kerosakan injin dan mulai dimasuki air. Kapten kapal memerintahkan mereka segera keluar dari perahu setelah sebelumnya memberi kedua orang itu pelampung.
 
“Dia bilang cepat lompat, cepat lompat,” ujar Kate seperti dikutip Associated Press, Jumaat (26/4/2013).
 
Kate bercerita, sekira lima minit setelah mereka melompat ke laut, perahu itu akhirnya tenggelam. Pasangan itu pun memutuskan untuk berenang menuju daratan untuk menyelamatkan diri mereka.
 
Usaha mereka menjadi sukar ketika di tengah perjalanan turun hujan lebat. Mereka tidak boleh melihat daratan sehingga berenang tanpa arah tujuan.
 
“Kami mulai berfikir kami tidak akan selamat. Kami mungkin saja tenggelam atau diserang jerung,” imbuh Dan.
 
Mereka berhasil mencapai pantai pada tengah malam. Keesokan harinya, pasangan itu bertemu dengan warga tempatan yang langsung membawa mereka ke rumah sakit.
 
Kementerian Pariwisata St. Lucia menyebut cerita pasangan itu sebagai satu keajaiban. Mereka berjanji akan menyiasat penyebab tenggelamnyabot .
ReadFull Article ..