Seorang lelaki 61 tahun mulai berubah menjadi semakin muda dimana kedutnya mulai berkurang dan dirinya tak lagi memerlukan ubat-ubatan diabetes setelah menjalani transplantasi hati.
KGK Pillai gak lagi bergantung pada ubat diabetes, pun rambut keabu-abuan miliknya berubah berwarna jadi hitam serta kedutnya hilang sejak dirinya menjalani transplant hati atau liver milik lelaki 21 tahun.
"Aku tak hanya terlihat muda, aku seperti dilahirkan kembali sebagai seorang lelaki muda.
Aku dulu minum ubat untuk diabetes selama 12 tahun. Setelah transplantasi, aku tak lagi minum ubat sejak tingkat kadar gulaku secara misteri terkendali."
Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan
Selasa, 18 Februari 2014
Selepas Transplant Hati Datuk 61 Tahun Berubah Muda
tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type
borakkosong.
Kamis, 26 Desember 2013
Selepas 10 Jam Di SKMM Pasangan Biadap Dibawa Pula Ke Balai Polis
KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – Setelah lebih 10 jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pasangan seks murahan Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya keluar dari bilik siasatan jam 9.30 malam tadi.
Pasangan tersebut yang diiringi oleh dua orang pegawai polis mengelak dari ditemubual para wartawan yang hadir sejak pagi.
Kehadiran pasukan polis di penghujung sesi soal siasat oleh SKMM menimbulkan spekulasi yang mereka mungkin akan disiasat oleh pihak polis pula selepas ini.
Pasangan tersebut dikawal dan diiringi oleh hampir 5 buah kereta SKMM dan sebuah Proton Waja milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika meninggalkan bangunan SKMM di sini sebentar tadi.
Tindakan pihak PDRM itu mungkin lanjutan daripada kenyataan media yang dibuat oleh Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin, siang tadi yang berkata pihak polis juga mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan jika perbuatan kedua mereka bersabit dengan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Bagimanapun belum ada sebarang pengesahan rasmi sama ada Alvin dan Vivian akan ditahan oleh polis atau tidak.
Dalam pada itu, Alvin ketika dihampiri pemberita menyatakan bahawa permohonan maaf yang dibuatnya menerusi laman sosial Youtube itu bukan untuk merendahkan sesiapa.
“Permohonan maaf yang kami buat adalah ikhlas,” ujar Alvin yang enggan mengulas lanjut soalan wartawan.
Manakala, Vivian yang hanya menundukkan kepala enggan memberi sebarang komen.
Memetik kenyataan SKMM sebelum ini, pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia.
Justeru, SKMM yang akan menyiapkan kertas siasatan dalam satu tempoh terdekat akan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara.
Pasangan berkenaan dipanggil SKMM pukul 10.45 pagi tadi untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!) yang dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini.
Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.
Dalam poster itu, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!).
Bak Kut Teh adalah makanan sup masyarakat Cina yang menjadikan babi sebagai ramuan utama.
Oleh Harith Ashraf dan Reza Razak
Langganan:
Postingan (Atom)