Selasa, 11 Februari 2014

Seorang Ibu Pengsan di Jalan Anaknya Menangis Histeria Tapi Tidak Ada Yang Mahu Menolong

China memang terkenal dengan ketidakpedulian masyarakatnya akan penderitaan orang lain. Beberapa waktu yang lalu, sempat marak beredar video seorang anak yang kecelakaan, tapi orang yang lalu lalang tidak memperdulikannya, hingga akhirnya sang anak meninggal di hospital.

Khabar terbaru, beredar sebuah foto ketika seorang ibu muda pengsan di jalanan kota Xian, sementara disampingnya, anaknya yang masih kecil menangis histeria. Di sekeliling ibu pengsan itu ramai orang yang malah asyik menonton dan tidak memperdulikan nasib si ibu yang pengsan itu. Bahkan untuk sekedar menggendong si anak kecil itu supaya terdiam dari tangisnya.

 sumber
ReadFull Article ..

Senin, 10 Februari 2014

Gunung Di Perancis Dipercayai Tempat UFO Muncul Pada ‘Hari Kiamat’


Gunung Di Perancis Dipercayai Tempat UFO Muncul Pada Hari Kiamat
Gunung Di Perancis Dipercayai Tempat UFO Muncul Pada ‘Hari Kiamat’ - PARIS – Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada ‘hari kiamat’ pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi.
Beberapa filem dokumentari dan laman web meramalkan bahawa berdasarkan kalendar penduduk Maya di Amerika Tengah itu, ‘hari kiamat’ akan berlaku pada 21 Disember depan.
Ramalan itu dibuat kerana kalendar Maya itu berakhir pada tarikh tersebut.
Menurut pihak yang percaya tentang ‘hari kiamat’ itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul.
Golongan itu percaya ‘garaj kapal angkasa’ terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya.
Pekan Bugarach kini menjadi popular dalam kalangan orang yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut.
Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord bimbang ramai orang akan tiba di bandar kecil itu.
Kawasan di sekitar Bugarach hanya didiami seramai 180 orang.
Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang yang ramai yang dijangka tiba di bandar berkenaan.
Menurut kalendar Maya itu, sebuah planet akan merempuh Bumi pada 21 Disember depan dan dipercayai akan menyebabkan ‘hari kiamat’ berlaku. – Agensi
ReadFull Article ..

Minggu, 09 Februari 2014

Suaram Sepina akhirnya diserah pada saksi Scorpene

Malaysiakini

  • Nigel Aw
  •   Okt 3 2012
Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

NONE"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.
ReadFull Article ..

Sabtu, 08 Februari 2014

7 Makanan Korea Yang Terkenal di Dunia


7. Dakjuk
Dakjuk dibuat dari daging ayam yang direbus dalam air dicampur dengan bawang merah dan bawang putih. Kemudian ditambahkan nasi dan dimasak sampai daging ayam matang. Hasilnya, seperti bubur yang sangat kental, kaya akan daging ayam dan rasa bawang putih.
 
 
6. Hoeddeok
Kalau Ente suka dengan rasa manis, makanan Korea ini mungkin wajib dicoba. Hoeddeok seperti pancake, tapi cara pembuatannya sedikti lebih rumit. Karena dibuat dari adonan ragi yang disiramkan campur an kayu manis, gula merah, dan kenari. Semuanya digoreng dalam wadah berminyak. Hoeddeok sangat disukai anak-anak di Korea.
 
 
5. Yangnyeom Tongdak
Bila mencobanya, Ente mungkin tidak akan lagi ke Kentucky Fried Chicken, tapi beralih ke Korean Fried Chicken. Itu karena ayam goreng khas Korea dengan nama Yangnyeom Tongdak. Saat pertama kali menggigitnya, akan terasa saus yang manis bercampur pedas. Kemudian baru akan terasa renyah dan empuknya daging ayam.
 
 
4. Japchae
Saat mencicipinya, baru akan tahu betapa lezatnya masakan ini. Awalnya, Japchae yang populer di Korea dan negara lain ini, dibuat tanpa mie. Adalah seorang raja dan seorang juru masaknya yang pertama kali membuat Japchae.
Lain dengan sekarang di mana mie merupakan elemen penting dari masakan ini. Mie dibuat dari ubi jalar yang membuatnya memiliki tekstur lebih kenyal. Mie bersama dengan berbagai sayuran yang dimasak setengah matang, kemudian diracik dengan cara ditumis.
 
 
3. Bulgogi
Mungkin menu ini paling banyak dikenal orang, biasanya di restoran-restoran Korean BBQ selalu menampilkanBulgogi. Menu ini terbuat dari irisan daging sapi yang dicelupkan dalam saus terbuat dari jus buah pir, bawang putih, kecap, dan lainnya. Rasanya, adalah sepotong daging lembut yang manis, gurih, dan lezat.
 
 
2. Bibimbap
Dalam bahasa Korea, “bibim” berarti “campuran” dan “bap” berarti beras. Semua bahan kecuali daging disiapkan sebelumnya yang kemudian akan ditambahkan di atas nasi hangat. Setelah itu, ditambahkan daging goreng dan telur mata sapi di atasnya.
Bibimbap biasanya disajikan dengan saus pedas terbuat dari gochujang (pasta cabai Korea) dan ditambahkan sesuai keinginan.
 
 
1. Kimchi
Kimchi merupakan makanan Korea dan merupakan hidangan tinjauan fermentasi seperti halnya roti atau yoghurt.Makanan Korea ini terbuat dari kubis yang terbalut campuran serbuk cabai, bawang putih, daun bawang, bawang merah, jus buah pir, dan lainnya.
Kimchi adalah hidangan yang harus ada di Korea, entah itu saat sarapan, makan siang, atau makan malam. Tampilanya memang tidak menarik, tapi rasanya yang menawan.
 
 
sumber
ReadFull Article ..

Jumat, 07 Februari 2014

Mapim Gerakan MCA cetus isu kerana PRU13

sinarharian
ROSLINDA HASHIM
29 Oktober 2012
ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.

Setiausaha Agungnya,  Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah ‘buatan’ Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.

“Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah,” katanya.

Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam.

“Secara jelas mereka mencari alasan untuk tanamkan kebencian orang bukan Islam kepada hukum Islam dan menghilangkan rasa hormat terhadap kedudukan Islam di negara ini,” katanya.

Mohd Azmi berkata, apabila mereka melancarkan serangan dengan merendah-rendahkan hukum hudud, seperti yang disuarakan Presiden MCA dan Gerakan Kedah, Mapim menyifatkannya sebagai serangan mahu memprovokasi sentimen agama antara orang Islam dan bukan Islam.

“Adakah menyentuh sensitiviti umat Islam tidak diambil peduli? Mereka memberi gambaran buruk kepada hudud dengan tohmahan ia adalah hukum sebuah parti politik, dengan harapan membawa kesan negatif kepada golongan bukan Islam,” katanya.

Menurutnya, hukum hudud akan terus menjadi bahan serangan dan isu ini tidak akan berhenti selagi PRU13 belum dilaksana.

“Mapim sentiasa menyokong pelaksanaan hukum ALLAH ini kerana ia kewajipan dan kami yakin hanya hukum ALLAH SWT mampu mengekang jenayah. Sebab itu kita tidak berkompromi terhadap serangan yang dilakukan,” katanya.

Mohd Azmi berkata, hukum Islam yang diperkatakan secara tidak beradab adalah disebabkan selama ini orang bukan Islam dimomokkan bahawa hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia ekoran masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.
ReadFull Article ..

Kamis, 06 Februari 2014

Cara Cek Backlink yang Akurat Kualitasnya

Untuk mengecek jumlah backlikn dari sebuah website gunakan saja tool gratis yang ada di http://backlinkwatch.com sedarngan mengecek score SEOmu secara umum pakai saja:
wgtools.com . semoga bermanfaat.
ReadFull Article ..

Rabu, 05 Februari 2014

Kajian UM Pakatan hanya 5 di belakang BN

  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini  Jan 23 2013
 
Pakatan Rakyat hanya ketinggalan lima peratus di belakang BN dalam persaingan untuk meraih undi popular dalam pilihan raya, menurut satu tinjauan yang dijalankan di semenanjung Malaysia.
Tinjauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".

Ia juga menyatakan bahawa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini pada tahap 54 peratus.

Seorang pegawai UMCEDEL Prof Mohd Redzuan Othman bagaimanapun memberi amaran, BN akan lebih terjejas sekiranya ia terus menangguhkan pilihan raya.

Katanya, golongan yang memberi jawapan "tidak pasti" itulah yang akan menentukan pihak yang akan menguasai Putrajaya.
ReadFull Article ..