Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Ubat Mati Pucuk Bau Belerang G Berapi

Kaedah Terbaru Ubati Penyakit Mati Pucuk...Cium Bau Belerang Gunung Berapi!

Naples –  Baunya mungkin terlalu busuk dan sentiasa terdedah kepada kemungkinan letupan.
Bagaimanapun, bagi lelaki yang berdepan dengan masalah ereksi, mengadakan seks di kaki sebuah gunung berapi mungkin boleh menyelesaikan masalah mereka.
Satu kawasan pandu masuk dibina di Naples dengan ‘enam petak letak kereta’ di kaki gunung berapi Solfatara.
Hidrogen sulfida yang dikeluarkan gunung berapi itu terbukti membantu kaum lelaki yang mempunyai masalah ereksi digelar ‘Viagra asli.’
xpix_gal3.pagespeed.ic.fH4TokVsbh
Pengunjung yang dibekalkan dengan maklumat mengenai seks selamat ketika membayar untuk menggunakan petak letak kereta itu dikatakan hanya perlu menghirup udara berdekatan gunung berapi itu bagi mendatangkan keinginan seks.
article-0-1A161410000005DC-911_634x402
Yang tidak menyenangkan ialah gas itu yang dikenali sebagai ‘bau syaitan’ dan bau seperti telur busuk. Ia boleh menjadi racun jika kuantitinya banyak.
Menurut pakar, jumlah kecil gas itu boleh memberi kesan seperti Viagra dalam merawat masalah mati pucuk jika satu produk baru ditinjauankan secara teratur.
Pelanggan hanya perlu membayar untuk meletakkan kereta dan memasuki petak yang dikepung sebelum boleh menikmati seks dengan pasangan masing-masing. – The Sun
ReadFull Article ..

Selasa, 31 Desember 2013

Mempelai Mati Berdiri

myMetro

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
IPOH: Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya hari ini ditemui mati dalam keadaan misteri dengan mayatnya ditemui dalam keadaan leher terjerut berhampiran sebuah kawasan perkelahan terkenal, awal pagi semalam.
D Saravanan, 38, ditemui pengunjung pusat perkelahan Lubuk Timah, Jalan Cameron Highlands, Simpang Pulai di sini, pada jam 8 pagi dalam keadaan berdiri dan tergantung pada sebatang pokok di tepi sungai di tempat kejadian.

Mangsa mulanya disyaki membunuh diri, namun kejadian itu menimbulkan rasa curiga polis dan orang ramai apabila mendapati kaki mangsa masih memijak tanah.
Pekerja pusat perkelahan itu, Talib Dahaman, 65, berkata, dia dimaklumkan penemuan mayat mangsa oleh seorang pengunjung tetap yang berada di kawasan perkelahan itu.

“Selalunya saya datang bekerja di sini sekitar jam 6 pagi, namun hari ini (semalam) hanya datang jam 8.30 pagi kerana mempunyai urusan di rumah. Sebaik tiba, saya dimaklumkan seorang pengunjung yang menemui mayat mangsa dengan lehernya terikat tali pada sebatang pokok di tepi sungai.

“Saya memberitahu pengurus, Amiruddin Ishak berhubung kejadian itu sebelum polis dimaklumkan. Ketika ditemui, lelaki itu lengkap memakai kemeja-T dan berseluar lusuh,” katanya.
Menurutnya, dia tidak percaya mangsa mati akibat menggantung diri kerana kedua-dua kaki mangsa menyentuh tanah.

Talib yang sudah bekerja lebih tiga tahun di pusat perkelahan itu mendakwa kejadian itu pertama kali dialami walaupun pernah berlaku kes lemas sekitar 2008.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan berkaitan punca kematian mangsa masih dilakukan.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan kereta Perodua Kelisa milik mangsa turut ditemui di tempat kejadian,” katanya.

Ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam juga enggan memberi sebarang ulasan berhubung kes itu.
ReadFull Article ..

Selasa, 24 Desember 2013

Seorang Komandan Pasukan Elit AS Mati Secara Misteri di Afghanistan

  24/12/2012

Rachmadin Ismail - detikNews
AFP
Washington, - Seorang komandan pasukan elit Amerika Syarikat atau US Navy SEAL Team 4 ditemukan mati di Afghanistan. Namun penyebab kematiannya masih menjadi misteri.

Diberitakan AFP, Isnin (24/12/2012), lelaki itu,   Job Price (42) meninggal dunia pada Sabtu (22/12) lalui. Pihak miilter AS menyatakan, Price tidak mati  dalam pertempuran.

Untuk mencari penyebab pasti kematiannya, pasukan khas sudah dibentuk. Hasil penelusuran sementara,   lelaki asal Pottstown, Pennsylvania itu, mati   setelah mendukung operasi keamanan di kawasan Uruzgan, Arghanistan.

Sementara NBC melaporkan, Price adalah komandan SEAL Team 4, salah satu bahagian dari 8 tim SEAL yang ada.

Khusus tim SEAL 6 sempat terkenal namanya setelah menjadi pasukan elit yang membunuh bos Al Qaeda Osama bin Laden di Pakistan.


(mad/gah)
ReadFull Article ..