Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Maret 2014
Ingin Beli Kereta Baru Lelaki Ini Jual Buah Zakarnya
30 Nov 2013
Mark Parisi (Foto: New York Daily News)
NEW YORK - Seorang lelaki dari Kota New York, Amerika Syarikat merancang melakukan aksi nekat dengan menjual buah zakarnya yang sebelah kiri hanya untuk membeli sebuah kereta baru.
Seperti diberitakan Metro, Khamis (28/11/2013), Mark Parisi sangat suka dunia otomotif khususnya kereta. Dia rela menjual salah satu buah zakarnya dengan harga USD35.000 hanya untuk membeli kereta Nissan 370.
Kebanyakan lelaki akan merasa ngeri melakukan hal tersebut. Namun Parisi sama sekali tidak takut.
Kerana rancangan nekat Parisi, dia diundang ke sebuah acara televisyen di AS. Dalam acara tersebut, Parisi kembali mempromosikan buah zakarnya

Kamis, 20 Februari 2014
Cermin kereta wartawan dipecah penjenayah
.jpg)
Cermin kereta wartawan Sinar Harian yang dipecah di Jalan Uranus, Sungai Buloh, semalam.
SUNGAI BULOH - Ketua wartawan Sinar Harian edisi Selangor kehilangan radio, plat, cukai jalan dan wang tunai RM100 apabila cermin keretanya dipecahkan penjenayah di tempat parkir Pangsapuri Saujana, Jalan Uranus, di sini, semalam.
Nurkhairini Jumari berkata, dia mengetahui cermin kereta Proton Perdana V6nya itu dipecah setelah beberapa anggota polis datang ke rumahnya, kira-kira jam 9 pagi, semalam.
"Ketika itu saya sedang bersiap hendak ke pejabat. Polis tahu mengenai kejadian ini selepas diberitahu oleh penduduk di sini yang melihat cermin kereta saya dipecah penjenayah," katanya.
Dia berkata, pada malam sebelum kejadian tersebut, dia meletakkan keretanya itu di kawasan parkir berkenaan selepas pulang dengan suaminya kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
"Saya sudah periksa semua pintu kereta dan menguncinya sebelum masuk ke rumah," katanya.
Menurutnya, penjenayah berkenaan memecah cermin bahagian hadapan sebelah kiri keretanya dan mencuri cukai jalan, radio dan RM100 di dalam tempat meletak syiling dan mencabut nombor plat depan dan belakang kereta.
"Saya risau kalau mereka guna nombor plat dan cukai jalan kereta saya untuk melakukan jenayah memandangkan sejak kebelakangan ini, banyak jenayah seperti itu berlaku.
"Jadi, saya berharap polis mempertingkat rondaan di kawasan perumahan saya supaya kejadian seperti ini tidak berulang," katanya.
Langganan:
Postingan (Atom)