Tampilkan postingan dengan label ayah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ayah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Ayah Kejam Tanam Anak Hidup Hidup

 

TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Polis  Pakistan, menangkap seorang ayah yang mengubur hidup-hidup anaknya yang cacat, yang baru saja terlahir ke dunia. 

Muhammad Anwar, seorang anggota polis Kota Khanewal, Punjab, Paskitan, mengungkapkan, bayi malang itu lahir di sebuah rumah sakit yang berada di Kota Kacha Khuh.
Bayi itu terlahir dengan kepala berukuran besar dan sejumlah kekurangan fisikal lainnya. Terkejut dengan kenyataan itu, Chand Khan, 

ayah dari bayi malang itu memutuskan untuk menyingkirkan-nya untuk selama-lamanya .
Menurut pemberitaan Dailymail,   16/7/2012 , ia mengatakan kepada sanak saudaranya, bahawa puterinya tersebut meninggal dunia saat dilahirkan.
Ia kemudian mengadakan sebuah upacara penguburan untuknya. Tak disangka puterinya itu menangis, di dalam kerandanya. Walau demikian ia tetap menguburkannya.

Disaat itulah warga segera memberitahukan pihak keselamatan  Jika terbukti bersalah melakukan pembunuhan, Chand, ayah empat orang anak itu, terancam hukuman mati.
Untuk mengumpulkan bukti, polis  setempat berencana akan menggali makam anak itu, dan menyerahkannya untuk diotopsi. (dailymail)
ReadFull Article ..

Selasa, 04 Maret 2014

EDISI PANAS !!! DEMI AYAH SAYA SANGGUP KAHWIN WALAUPUN BARU USIA 16 TAHUN


BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Ekin itu berkata, dia yang berasal daripada keluarga miskin sanggup menjadi isteri kepada rakan sekampungnya yang dikenali sebagai Izat pada usia yang masih mentah walaupun sedar bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Saya anak sulung lima beradik dan adik bongsu saya baru berusia dua tahun.

“Demi keluarga, saya sanggup berkahwin pada usia muda supaya bebanan terpaksa ditanggung ayah lebih ringan apatah lagi dia sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, biarpun mengambil keputusan berkahwin, dia dan suaminya bakal berjauhan kerana suaminya itu kemungkinan melanjutkan pelajaran ke Perak selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini
ReadFull Article ..