Minggu, 02 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Kes dera Cucuh rokok ikat kaki

Kes dera Cucuh rokok ikat kaki

myMetro 11 Jan 2013

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Naimah Mohamed

Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di tiga lokasi berasingan, kelmarin.

Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini.
Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin.

Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak seminggu lalu.
FotoMANGSA mengalami kecederaan serta kesan lebam di muka dan kaki.

Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di Hospital Selayang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar